Akhlak Faaqihuzzaman Asy-Shaikh Muhammad bin Saaleh Al-Utsaimeen

Suatu saat seorang wanita dari Maroko menemuinya ketika di Masjidil Haram dan mengatakan, “Anda Ibnu Utsaimin?” tanyanya.

“Ya, saya,” jawab beliau.

Wanita itu pun menukas, “Orang-orang mengatakan bahawa anda sudah mati dan kami telah menyalati anda dengan solat ghaib selepas maghrib maghrib.”

“Tidak -wallahi- inilah saya,” tegas Ibnu Utsaimin.

Wanita itu heran sambil mengatakan, “Jadi, bagaimana?”

Dengan bergurau beliau mengatakan, “Ya, saya setiap hari mati, lalu Rabbku menghidupkanku.”

Terdiamlah wanita itu dan terkejut. Sambil berpaling wanita itu mengatakan, “Syaikh telah pergi, syaikh telah pergi, syaikh telah pergi.”

Sementara itu, asy-Syaikh Ibnu Utsaimin tersenyum melihatnya. Namun, Syaikh khawatir wanita itu menanggapinya serius dan tersalah faham, maka beliau utus seseorang untuk memanggilnya. Setelah wanita itu datang lagi, beliau menjelaskan, “Saya tadi bergurau denganmu. Saya mati lalu hidup tiap hari. Ertinya, saya tidur lalu bangun tiap hari, kerana Allah berfirman,

“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasan Allah bagi kaum yang berpikir.” (az-Zumar: 42)

Menjadi tenanglah wanita tersebut. Ia berterima kasih kepada syaikh lalu pergi.


Keindahan Akhlak dan Sifat Tawadhu Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin

Tidak hanya ucapan, perbuatan beliau pun menjadi bukti sifat tawadhu dan akhlak mulianya. Beliau berkata, “Demikianlah seorang pendakwah, hendaknya bersifat lembut dan wajah berseri serta berlapang dada. Dengan demikian, ia lebih mudah diterima oleh orang yang didakwah menuju jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka dari itu, nasihat saya kepada saudara-saudara saya para pendakwah, hendaknya memiliki perasaan ini. Hendaknya mereka mendakwah manusia dengan perasaan kasih sayang kepada mereka, dan dalam rangka mengagungkan agama Allah Subhanahu wa Ta’ala, serta menolong agama-Nya.”

Inilah yang kemudian beliau terapkan dalam diri beliau. Beliau adalah teladan yang menyenangkan, sederhana, murah senyum, tawadhu’, menghormati manusia, bahkan kepada yang lebih muda sekali pun. Tidak hanya itu, beliau juga suka bergurau dengan mereka.

Dikisahkan bahawa suatu ketika beliau datang ke Jeddah. Setelah pertemuan, beliau diundang oleh sekian banyak orang-orang berpangkat. Namun, dengan baik beliau menolak tanpa menyinggung perasaan mereka dan mengatakan, “Undangan kalian telah didahului. Aku sudah diundang oleh salah seorang anak muda.”

Lalu beliau berjalan menuju seorang anak muda yang masih sekolah menengah, kemudian memegang tangannya dan mengatakan kepada mereka, “Dia lebih dahulu mengundangku daripada kalian, dan aku menyambut undangannya.”

Orang-orang sangat heran terdiam melihat ketawadhuannya.

Di kesempatan yang lain, saat beliau di Makkah di musim haji, seseorang bertemu beliau dan mengundangnya, “Ya Syaikh, saya berharap, anda mahu menyambut undangan saya walau sekali saja, dan anda mahu duduk bersama saudara-saudara dan keluarga saya,” pinta orang itu.

Beliau pun menjawab, “Di mana alamatmu?”

“Di Jeddah,” jawabnya.

Syaikh menyahut, “Kalau engkau mahu menunggu sampai selesai haji, saya akan datang. Atau kalau engkau undang saya di Makkah, saya juga akan datang.”

Akhirnya orang tersebut mengundang beliau di Makkah seraya berucap, “Wahai Syaikh, bilakah saya mesti datang untuk menjemput anda?” tanya orang itu.

Beliau justeru mengatakan, “Tidak, aku yang akan mendatangimu.” Lalu beliau mengambil alamat rumahnya.

Pada waktu yang ditentukan beliau datang. Beliau dipersilakan masuk. Tuan rumah pun menyiapkan perekam untuk merekam nasihat-nasihat beliau. Sejenak, tuan rumah masuk untuk mengambil teh dan memanggil saudara-saudaranya. Setelah keluar, ternyata Syaikh telah pindah dari tempat duduknya dan menyiapkan sendiri alat rekam untuk didekatkan ke stopkontak. Tuan rumah pun begitu terkesan dengan sikap tawadhu beliau.

Syaikh laku mengatakan, “Jangan kamu memberat-beratkan diri. Bubur kacang di Makkah ini enak. Itu sudah cukup untuk makan malamnya.”

Tawadhu yang luar biasa. Ibarat sihir, kata-kata dan sikap yang sangat mengena pada jiwa tuan rumah.


Sesekali Bergurau

Walau asy-Syaikh Ibnu Utsaimin berwibawa, terkadang kewibawaannya diselangi oleh gurauan yang membuat orang-orang dekatnya tidak merasa kaku bergaul dengan beliau.

Pernah terjadi kejadian unik yang membuat beliau tertawa. Suatu saat, datang kepada beliau seseorang dari salah satu negara Arab. Serta merta dia bertanya, “Anda asy-Syaikh Ibnu Utsaimin?”

“Ya,” jawab beliau.

Orang itu pun menyambung dengan pertanyaan, “Demi Nabi, wahai Syaikh, apa hukumnya thawaf wada’?”

Sebelum menjawab, kerana orang itu bersumpah dengan selain nama Allah Subhanahu wa Ta’ala, terlebih dahulu Syaikh mengingkari kebiasaan tersebut dan mengatakan, “Wahai saudara, semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala membalasi anda dengan kebaikan. Tidak boleh bagimu mengatakan, ‘Demi Nabi’. Anda wajib membiasakan diri meninggalkan kebiasaan mengucapkan kata-kata ini, kerana ini adalah kalimat kesyirikan.”

Beliau juga menasihatinya dengan lembut dan bagus. Orang itu pun berterima kasih seraya berkata, “Siap, wahai syaikh. Tetapi, apa hukum thawaf wada’ itu, demi Nabi?”

Akhirnya Syaikh tertawa. Ternyata lisan orang tersebut memang terlalu terbiasa mengucapkan sumpah yang salah.

Di waktu lain datang kepada beliau seorang wartawan dan mengatakan, “Wahai Syaikh, kami berharap, untuk menjalankan bersama anda hiwar (maksud si wartawan: wawancara, tetapi kata tersebut memiliki makna lain, iaitu anak unta).”

Syaikh menjawab, “Wahai anakku, hiwar itu kan anak unta. Bagaimana engkau akan menjalankannya bersama saya?! Yang mungkin, engkau ingin melakukan muhawarah (wawancara) bersamaku.”


Rindu yang Terubati

Musim haji 1416 H.

Sebagaimana biasa, beliau menemui para jamaah haji, bertanya dan menjawab pertanyaan mereka. Beliau mencurahkan perhatian kepada mereka.

Suatu saat di Bandara Raja Abdul Aziz Jeddah, beliau masuk ke ruang tunggu. Di sana ada rombongan jemaah haji dari salah satu negara yang dahulu masuk wilayah Uni Soviet. Yang paling kecil di antara mereka berumur dua tahun. Tidak seorang pun dari mereka yang mampu berbicara dengan bahasa Arab.

Syaikh bertanya, jikalau ada orang yang mampu berbahasa Arab yang dapat menerjemahkan apa yang hendak beliau sampaikan. Ternyata tidak didapati selain seorang anak muda warga negara Saudi yang menyambut mereka. Dialah yang kemudian menerjemahkan.

Di sela-sela ceramah, datang seorang anak muda dari mereka sambil berlari kecil dan meminta agar dia yang menerjemahkan. Ternyata, anak muda ini pandai berbahasa Arab dan kemudian diketahui bahwa dialah pimpinan rombongan ini. Penerjemahan lantas dia ambil alih.

Setelah selesai, barulah dia diberi tahu bahawa syaikh yang dia terjemahkan nasihatnya adalah asy-Syaikh Ibnu Utsaimin. Terkejutlah dia. Kedua matanya terbelalak sambil menatap Syaikh dengan penuh keheranan. Rupa-rupanya, terjadi sesuatu yang tidak pernah dia kira sebelumnya.

Sambil terheran, dia memastikan, “Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin?”

Para pendamping Syaikh pun terheran-heran, dari mana anak muda ini tahu nama tersebut. Mereka pun membenarkan.

Saat itulah, dengan segera, dia memeluk Syaikh erat-erat. Air mata bercucuran dari kedua matanya seraya berucap, “Asy-Syaikh al-Utsaimin.” Berulang-ulang dia ucapkan dengan penuh kebahagiaan.

Segera dia mengambil pengeras suara dan mengumumkan kepada jemaah rombongannya dengan bahasa mereka yang tidak difahami, selain sebutan nama Syaikh yang terulang-ulang. Linangan air mata mereka berderai. Suara mereka bersahutan, mengulang-ulang nama ‘asy-Syaikh Ibnu Utsaimin’.

Anak muda itu lalu berkata, “Wahai Syaikh, mereka adalah murid-muridmu. Mereka bersama-sama mempelajari kitab-kitabmu di persembunyian bawah tanah saat kami dilarang mempelajari Islam. Mereka sangat rindu untuk mengucapkan salam kepadamu. Apakah anda mengizinkan?”

Syaikh pun mengizinkan. Segeralah mereka mendatangi Syaikh, satu demi satu. Mereka kecup dahi beliau dengan air mata yang berlinangan dan mulut mereka yang terus bergumam, “Syaikh Ibnu Utsaimin, Syaikh Ibnu Utsaimin.”

Tidak ada seorang pun dari mereka yang tidak menangis. Mereka sangat terkesan dengan apa yang mereka dengar dan lihat. (al-Imam az-Zahid hlm. 110)


Perhatian Beliau Terhadap Nasib Muslimin di Belahan Dunia

Suatu saat, dengan perasaan gundah, dan kecemburuan terhadap Islam dan muslimin terutama di Palestina, beliau naik mimbar dan berkhutbah, “Wahai manusia, telah berlangsung penjajahan Yahudi terhadap Masjidil Aqsha selama lebih dari delapan tahun. Selama itu pula mereka membuat kerosakan di dalamnya dan menyeksa penduduknya. Di hari-hari ini, mahkamah Yahudi mengeluarkan keputusan tentang bolehnya Yahudi melakukan peribadatan di dalam Masjidil Aqsha. Keputusan thaghut ini ertinya menampilkan syiar-syiar kekafiran di dalam masjid yang termasuk salah satu masjid yang terbesar kehormatannya dalam Islam.”

Di akhir khutbah, beliau mengatakan, “Ya, Yahudi Israel tidak akan turun kecuali dengan kekuatan, dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan tidak ada pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala kecuali bila kita menolong agamanya,

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad: 7)

Sungguh, pertolongan Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada kita bukan dengan pidato-pidato yang menyilaukan dan meluap-luap, yang mengubah persoalan Palestina menjadi persoalan politik, kekalahan materi, dan konflik regional. Masalah Palestina, demi Allah, adalah masalah agama Islam bagi muslimin seluruhnya.” (al-Imam az-Zahid hlm 103)

Saat terjadi pembantaian terhadap muslimin di Bosnia oleh Kristen Serbia, beliau sangat sedih. Kesedihan beliau terungkap dalam kata-katanya, “Tetapi disayangkan, sebagaimana kalian lihat sekarang, kaum muslimin tak acuh. Mereka tidak punya kekuatan dan tekad yang dengannya mereka dapat membela diri mereka. Tidak ada yang lebih mampu menunjukkan kepada kita tentang hal itu daripada apa yang kita berada padanya sekarang.

Di negeri-negeri Islam sekarang, ada yang kehormatan mereka dihinakan, masjid mereka dihancurkan, harta mereka dirampas, dan anak-anak mereka ditawan oleh orang-orang Nasrani, sedangkan kita umat (Islam) tidak mengatakan sesuatu yang harus kita katakan.

Apa yang diperbuat terhadap muslimin sekarang di Bosnia adalah sesuatu yang merobek-robek hati pada kenyataannya. Orang-orang Nasrani bukan musuh Bosnia sahaja, dan musuh itu bukan hanya Nasrani Bosnia. Nasrani adalah musuh muslimin di seluruh negeri Allah Subhanahu wa Ta’ala, sama saja mereka dari Nasrani Serbia Bosnia atau yang lain. Tetapi, sayang, banyak kaum muslimin tidak tahu hal itu.”

Beliau sering menganjurkan kaum muslimin untuk banyak berdoa siang dan malam serta dalam qunut nazilah untuk kebaikan muslimin di sana, selama belum terbuka pintu untuk melakukan jihad fi sabilillah di sana. (al-Imam az-Zahid hlm. 99)

Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin, semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala senantiasa merahmati anda dan menempatkan anda di surga-Nya, surga Firdaus.

Sumber: Majalah Asy Syariah no. 91/VII/1434 H/2013, hal. 27, 29 & 34; hal. 25-26.

Ulasan